Wednesday, December 29, 2010

Sebelah kaki dah disana, cuma tunggu kaki sebelah lagi untuk................

Semester 1 dah habis, bermulalah semester 2.. Kenyataan yang sepatutnye ditulis 2 bulan lepas especially time last day semester 1 tu.. Haih..

Banyak cerita indah, banyak bunga2 dan semua yang berkait..

Tak lupe jugak kenangan yang begitu menyeksa jiwa dan raga.. Aku takkan lupe tarikh tu..

30 Disember 2010

...Hari tu, keputusan PSPM 1 keluar, ramai kot yang tak senang duduk.. Kejap berdiri, pastu duduk.. Tak kurang jugak yang keluar masuk tandas pada hari tersebut..

Aku hampir lupe peristiwa pada tarikh ni..

Yang pasti aku kehilangan 2 orang kawan rapat aku.. Sangat2 rapat.. Aku cube sabar, tahan.. Dugaan Tuhan bagi kat aku.. Please be strong..

Kata mereka, aku cume kehilangan 2 orang kawan rapat aku.. Tapi dorang? Diorang hilang kawan2, lecturer2, dan yang paling besar lagi tempat menimba ilmu..

Kawan2.. (Especially to 2 orang member rapat aku tu)
Jalan kita mungkin terhenti di sini.. Tapi ia bukanlah noktah bagi meneruskan perjalanan yang lain.. Remember.. Aku sentiasa doakan korang..

Please tabahkan hati..

S.M.I.L.E

Wednesday, September 22, 2010

Kisah hidup aku

Aku harap aku tak cerita hal ni.. Tapi bile ingat balik,.. buat aku geram, confuse, nak marah.. Sebenarnye, entahlah..

Ini kisah aku..


(10/05/2010)-pendaftaran KMPH
Hari pertama aku di sini.. Aku kene kejutan budaya (agak teruk).. Thanks le sesape yang bantu aku hadapi dugaan ni.. But still sampai sekarang aku gabra lagi kot..

***

Aku sekelas dengan pelajar lelaki (kenyataan yang ta perlu bgtau pon).. Sebelum ni aku penah mintak kat mak aku, aku nk masuk ALL-GIRLS's uni.. (ade kee..??)

Aku yang dulunye happening, hepi go lucky berubah 360 darjah.. Sume panggil aku pemalu.. SENGAL.. So, tadak sape nak kawan ngan aku.. Hmmm..

***

Kini, aku da rasmi jadi pelajar kolej matrikulasi.. Siyes banyak giler dugaan.. Memule kelas bubar (sbb pelajar kmph ramai sgt, so, kene wujudkan 1 kuliah ag).. Selang beberape hari pastu, kene pindah blok lak.. Blok aku yang dulunye ta ubah mcm hotel 5 bintang.. Sekarang.. Aku bagaikan di blok lama yang berpuaka..
*WHOOOOSHH....* (bunyi angin)

Da bubar kelas, kire kene settle kan la dulu pe yang tertinggal kat kelas lame.. Aku plak terlebih rajin jadi wakil untuk dak2 ex-kelas aku untuk settle-kan skali hal dorang (..kene buli..).. Tapi ta kesah la.. Ikhlas (kot)..

***

Den, aku ade poblem yang lagi komplikated.. Tentang perasaan aku sendiri.. Ushar2 aku da ade ehem2 tapi aku masih single (ape tu..??).. Please jangan buat aku konfius lagi..

Mungkin aku marah sebab die lagi muda dari aku..
Mungkin aku tak puas hati sebab die tak menepati ciri2 yang aku nak..
Mungkin aku berang sebab die reject member aku sendiri..

..Mungkin..

***

Ini pakej dalam blog aku.. Qada pos yang aku ta sempat nak pos.. Bersyukur la sket.. Aku tulis banyak story lam 1 pos.. Jangan la kompen! Tumbuk kang..!

Monday, July 26, 2010

MateMATik KEHiduPAn

Hidup aku, hidup kamu..
Seperti latihan matematik
Setiap hari, latihan baru

Setakat ini...
Ramai tersungkur
Kerana putus asa
Kerana panjangnya pengiraan
Kerana tidak ketemu jawapan

Aku fikir...
Tak salah kalau kita padam kembali
Jawapan matematik itu
Dan mula dari awal
Sekali lagi
Kerana setiap kita belajar dari kesilapan

Adakah kamu fikir...
Matematik itu memboringkan?
Matematik itu menyusahkan?
Atau......?

Terimalah hakikat
Hidup kamu dan matematik
Sangat berkait
Dulu, kini, selamanya....

Monday, May 3, 2010

tErSEpiT aNTarA 2 DUniA

Sesak nafas..
Jiwa kacau..
Fikiran buntu..

Mimpi aku di sana, impian aku di situ
Tanya kaki, ko nak tendang yang mana?
Kata kaki, belah la badan

Banyak la ko, kaki..


***

Abah aku cakap, mimpi lebih baik daripada impian
Kenapa macam tu?
Impian menjadikan aku, siapa aku
Tapi tanpa mimpi, impian tak menjadi

Semua orang bermimpi
Tapi tidak semua punya impian
Aku ada....

Aku rasa, mimpi hanya mimpi
Dan kadang2 buat kita ber-daydream
Dan kita mencipta impian
Untuk follow mimpi itu

Tapi...
Kalau kita jumpa mimpi yang lebih baik
Kenapa tidak ikut je mimpi baru tu?

p/s : Harap semua faham.. =P

Wednesday, April 28, 2010

PerUBaHAn YAng mENdaDAk bEGitU MenAKutKAn

Macam la aku tahu sebarang perubahan yang terjadi tanpa bertanya cermin2 manusia di sekitar..

Keh.. Kadang2 orang lain lebih teruja apabila sesuatu yang baik berlaku pada diri kita.. Actually, boleh ke aku kategorikan sebagai "baik"?

Yela.. Aku yang sejak dari dulu lagi memang terkenal dengan sikap ala2 tomboy.. Then, nak dijadikan cerita.. Sampai satu surat tawaran.. Mak yang excited mengalahkan anak dia.. Cukup tak paham..

Lam surat tu, tertera pelbagai keperluan yang perlu dibawa..

Tang ni yang aku tak puas hati;

Sandal, selipar dan lain2 TAK DIBENARKAN kecuali kasut kulit atau pvc..
Jeans, mini skirt, baju tanpa lengan dan pakaian yang menjolok mata
adalah DILARANG SAMA SEKALI..
Harus berpakaian sopan.. (Kire baju kurung la ni??)

Whaaaat....??
Sandal tu favourite aku la....!
Kalau bab baju, lantak ahh.. Aku suke pakai jeans.. Huh.. Termasuk lam list jugak..

So, Akifays Amis bakal menjadi seorang yang............
(Nak tau? Meh date ngan aku.. Aku belanja, ko bayar..)

Thursday, April 22, 2010

DaGinG biG mAc DAh NipiS!! iS THAt OkE?..

YM with Akkukaku ;

akkukaku : td aku mkn big mc
akkukaku : mC
akkukaku : mac
akkukaku : maC
akkukaku : Mac
akkukaku : MaC
akifays : bigmac
akkukaku : Big MAC
akkukaku : yea
akifays : ye knape..?
akkukaku : daging dia da nipis =.=ll
akifays : hah?...
akifays : gud
akkukaku : yea
akifays : sbb aku alah daging
akkukaku : skunk aku mkn big mac rase cm xde daging
akkukaku : =,=ll
akkukaku : this is bad
akifays : saman la tokey tu
akkukaku : this is bad!!!
akkukaku : this is bad!!!
akkukaku : this is bad!!!
akifays : sbb die kasi small mac
akkukaku : this is BADDDD
akkukaku : im a big fan
akkukaku : i luv big mac so much
akkukaku : lame x mkn
akkukaku : then td mkn
akkukaku : daging dia nipis !!
akkukaku : WTF!!
akkukaku : oh no
akkukaku : this is bad aki
akkukaku : aku rase kau ptut tulis kt blog kau
akifays : ok2
akkukaku : aku suggest tajuk
akkukaku : BIG MAC DAGING DAH NIPISSSSSSSS ?????
akkukaku : IS THAT OK?
akifays : daging big mac dah nipis
akifays : -_-lll
akkukaku : yeah
akkukaku : like that


sori beb.. aku tadak idea nk tulis.. so aku just copy paste perbualan kita...

Monday, April 19, 2010

CukUP bEraNi kaU keNCinG aTAs AKu

Attention!
Ada satu syarikat insurans yang bernama tapi tak famous
Research Management Sdn.Bhd.


Syarikat ini menawarkan insurans hayat
plus sijil premium bsn dan segala macam kemudahan lain
seperti hospitalise dan sebagainya


Tapi dengan syarat...

RM 399 setahun


Macam2 propaganda. Kali ni aku nak membebel sket pasal syarikat insurans ni.

Tahun lepas, ejen2 syarikat ni sibuk mencari mangsa di Parkson, Kota Bharu. Januari 2010, ejen2 ni berlegar2 di kawasan Shah Alam. Kat Tesco kalau tak silap aku..

Begitu hebat. Menggunakan nama BSN untuk menipu. BSN tak pernah mengeluarkan sebarang sijil untuk mana2 syarikat insurans.

Kenapa tetiba aku post pasal ni? Pasal ada sekor tu berani call aku time aku tidur dan suh aku bayar RM3000.. Gom pe.. Then aku pergi pejabat BSN terus dan bertanya tentang syarikat terbabit..

Ini la ape aku dapat. Mentang2 guna nama BSN, ko ingat senang ke nak tipu aku?

(Sebenarnya aku nyaris kene tipu...)

Wednesday, April 14, 2010

PLez JAngAn bUAng AKu.. TaPi bUNuhLAh aKU...

6 tahun sudah berlalu.. Mungkin aku dah lupa nama dia, rupa dia dan segalanya tentang dia.. Tapi aku masih ingat kenangan bersama dia..

Setahun je aku kenal dia.. Lepas tu dia tinggalkan aku.. Rasa jantung aku jatuh, remuk dan segala kecelakaan menimpa.. Bayangkan, member kamcing left tanpa bagitau walau sepatah kata..

Since then, aku still ingat dia..

Hati aku terdetik nak cuba cari dia.. At last, aku jumpa.. Betapa hati aku berbunga gembira.. Tapi..........

Aku request friend, dia reject..
Aku send mesej, tak balas2..

Banyak kali beb..

Pasal privacy punye pasal.. Aku tak leh buat pe dah.. Mungkin dia dah bunuh aku dalam ingatan dia..

Apakah yang lebih menyakitkan daripada bunuh orang dalam ingatan? Baik bunuh je aku...

Tag dari Diari Domicile.. eh silap.. dulcet...

Em.. Dah dekat setahun aku tak menjawab soalan tag.. Maklum lee, aku tak femes cam korangs.. (ramai, so kene ade "s")

Aku rase tag ni antara tag yang susah.. Tahniah ye doncet kerana berjaya buat aku tergaru-garu kepala...


Siapakah anda di rumah?

Aku ialah apa yang semua orang fikir siapa aku.. Basic things, aku ialah seorang crazy kakak, seorang bothering adik, cheerful daughter dan berusaha untuk menjadi seorang wonderful friend..


Siapakah diri anda di samping rakan?

i really hate this tag... Em... Aku sedar sape aku.. So, aku cuma seorang kawan yang takkan sesekali meninggalkan kawan aku yang sedang menangis.. Walaupun aku tau, aku takkan boleh menangis bersama dia...
(cehh, keras gile hati..)


Lima benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai?

1. Kebahagiaan kawan aku << ni untuk Tyra Hanim dan Nicky
2. Lesen kereta << aku da puas jadi illegal driver.. Nampak polis je, cabut..
3. Kereta << lepas dapat lesen, baru aku nak kete.. Ikut turn.. Bijak tak? =D
4. Stay kat rumah sendiri << rumah da ade, ngah upgrade besar2
5. A boyfriend << ni wish aku mase birthday tahun lepas tp xdapat pom!


Siapakah nama pasangan anda?

Pasangan? Aku tukar ok.. Orang paling aku kenal.. Nik Nur Amali Nordin...


Ceritakan lima perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.

1. Die kecik << xD
2. Die.. suke ketawa...
3. Die akan backup aku time aku jatuh...
4. Die dengar nasihat aku
5. Die.. ntah la... Die mampu buat aku susah hati kalau die tak happy...


Bila tarikh anda couple?

mengarut betul kalo aku kapel ngan die.. Tarikh aku jumpe ngan die.. 2/6/2004


Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Die pernah tuduh aku nak rampas boyfriend die.. T-T


Lagu tema cinta anda.

...Hahaha.. Takde2...


Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Perubahan.. Kalaulah boleh...........


Tag sepuluh rakan anda yang lain.

Ehem2.. Tanak 10.. Sikit2 suda... Blogger list aku...
- Kawan Perempuan aku (Auni)
- Burung merpati
- Budak Eza
- Muba Tua

Thursday, April 8, 2010

BukU cERitA yaNg LAngSUnG taK KiuT

Sepatutnye dah lame aku tutup buku 2009, balut dan simpan elok2 dalam kotak. Tapi aku still xjumpa buku 2010.

Menarik tak cerita 2010? Depends.....

Lain orang, lain cerita. Aku taknak cerita yang sama berulang kembali. Aku nak sebuah buku baru, menceritakan watak baru, dan segalanya....... rahsia.

Jangan risau, 2009 masih dalam hati aku.

2010.. Dunia baru, kawan baru dan..............

=x

Wednesday, March 31, 2010

MisSEd aLL oF yOu

2005 - Form 1

First time aku jumpa Nicky dan Ikin, die tegur aku dulu.. Mase ni muke baik lagi, besar2 je nakal..

Nicky : Hai awak, name ape?
AkiFayS : Uh.. Oh.. Em.. Sima...
Nicky : Name saye Amali, ni Ikin..
Ikin : Sima? Peliknye......


2006 - Form 2

Tahun ni, secara tak sengaja aku berkenalan dengan Houri. Tu pon pasal die kacau aku tido lam kelas.. Tak tau lak leh rapat sampai sekarang..

Dan die menyimpan harapan ntuk terus bersama aku pada tahun2 akan datang..


2007 - Bas Sekolah

Nisa, salah seorang dari band aku. Kat sini aku kenal die. Mase tu aku bagi teka-teki kat pakcik bas.. Bahase jepun >> bahase melayu.

AkiFayS : Apakah maksud Sakana dalam bahase melayu?
Nisa : Ikan!
AkiFayS : ......

Itulah permulaan perkenalan kami..
Port tangga depan, nyanyi lagu indie.. How I missed that damn much..


2008 - Form 4

Last year aku bersama Qilah and da geng.. Best sangat2.. Kalo ade bebudak lain kaco aku, surely Qilah shout kat dorang...

"Hey! Aku sorang je boleh layan die macam tu!"

Hey.. Mase ni aku masih nerd. Tak hairanla aku selalu diganggu.. And the other one.. Tyrah Hanim.. Die satu2 member yang aku tegur dalam keadaan yang cukup pelik. Can't remember the exact words though..


2009 - Last

Yeah.. Harap takkan pernah berakhir. Sekurang2 nye aku tau semua ni masih wujud....

Dalam kenangan..

=)

Tuesday, March 30, 2010

4 bULan BErhiBErNAsi

4 bulan tempoh yang tak begitu lama. Pejam celik, pejam celik.. dah cukup 4 bulan. No hangout, no singing, no bowling, no netball.... everything is no.

Off to school for the next day.. Nak ambik sijil2 dan surat berhenti sekolah. Most of them dah tak cam aku. Pasal hari aku amek result tu, aku tak jumpe pon member2 lain. Ambik je, terus cabut..

Perhaps aku dah berubah.. Makin *tut*....

Tak kisah lah pape pon.. 4 April 2010, both hari kembali ke sekolah dan birthday Nasuha. Suke tak?

Pic untuk tahun ni... Nantilah aku letak.. Siyes.. Hiker changes.. 18 >> 19... Ape dah korang panggil aku hari kite jumpe tu?? Feminin??

O_o

Sunday, March 21, 2010

SeBUah DiaRi LAmA

Satu coretan
Ditulis tidah seindah yang diukir
Kerana benak dan hati
Bagaikan 2 dunia yang berbeza

Tidak mengerti
Mengapa wujudnya kehadiran
Di saat bumi berputar di atas paksinya
Di saat langit masih terbentang luas

Sayang sekali, kalam
Indah awalnya sudah bernoktah
Hanya kini wujud dalam khayalan

Kekusutan dalam kehilangan
Tidak henti-henti membebankan
Kerana kamu, tercipta kenangan itu...

Kerana kamu...
Kerana kamu...

Terima kasih untuk segalanya...

Thursday, March 11, 2010

Keputusan yang hampir... sekarang di depan mata...

Dulu MMP mencipta nama.. Sekarang, nama MMP masih gah.. Selamanya, semua kenal MMP..

Maahad Muhammadi Perempuan..
Nama yang sudah tidak asing lagi di bumi Kelantan..
Berkali-kali melahirkan pelajar cemerlang..

Masuk susah, keluar senang je..
Kalau nak masuk, UPSR 4++, PMRU Jayyid Jiddan, PMR 8++, SMU Jayyid Jiddan..
Aku masuk dengan sijil UPSR..

Kat sini, suasana belajar cukup berbeza dengan sekolah-sekolah lain..
Kat sini, cikgu cuma membimbing.. Selebihnya usaha kita sendiri..
Best la jugak.. Sebab tak guna buku teks.. Kecuali subjek Sejarah..

Aku ingat boleh la jugak sikit kenangan untuk dibawa pulang.. Memang ada..
Famous sebagai budak nakal yang menggila..
Tidak begitu pandai dan tidak begitu mundur..
Macam title aku..

"I am capable but master of nothing,"

Sekarang ni aku dalam proses menghilangkan diri.. Sebab ramai sangat peminat mengejar aku dari belakang.. Adios..

Jumpa aku di IPT..

Saturday, February 27, 2010

SorrY, aKu SAngAt BusY....

Memandangkan result SPM sudah hampir menjengah, aku speechless.. Harapan aku setinggi nama Tadika Harapan hampir buat aku jadi gila.. Kalau aku tak dapat ape aku nak, sure aku sedih.. Hati remuk.. Ondawe nak commit suicide (jangan weii..)... Dan sebagainya..

Kata orang, bile dah start keje, kita dah tak nampak perkataan "belajar".. Sebab masa tu, kita dah nampak duit.. No wonderlah ramai di kalangan remaja lepasan SPM/STPM atau yang setaraf dengannya sanggup berhenti belajar sebab nak kerja..

Tolong jangan samakan aku dengan post mengutuk level 0.5 aku ni..

Hari tu aku ngigau.. (haa... dah start da mengarut..)

Ehem.. Aku dapat panggilan daripada childhood friend.. Khabarnya dia stay kat flat Salak Selatan.. Lepas SPM, dia kerja terus regardless of nasihat aku suh sambung belajar pasal SPM dia kantoi.. So, skam ni dia nak baiki result.. Ngigau ke hapa aku tak tau..

Nasihat aku untuk bebudak lepasan sekolah.. Selagi ade masa belajar, baik belajar dulu.. Sibuk nak simpan duit masa muda.. Ape ko ingat kerja cashier kat megamall boleh buat ko jadi kaya terus??

*terkene kutukan sendiri*

Friends.. So, pape hal aku nak mintak maaf bebanyak.. Aku nak conceal lue.. Result aku, jangan tanya..

- TOP SECRET -


Yang Benar
AKIFAYS

Monday, February 15, 2010

Aku MasiH sEOraNg bUDaK

Kerja, kerja dan kerja..

Sebelum aku start kerja kat sini (Tadika Harapan), aku dah plan nak ambil manfaat daripada pekerjaan aku. Maklumlah, aku cuma "bercuti" dari belajar. Mungkin aku agak cerewet sikit.

Aku menetapkan dalam diri aku, aku tak nak kerja kat tempat yang ada lelaki. Tak kisahlah tua atau muda. Sama gatal je. Dan kalau boleh aku nak ambil sesuatu daripada pekerjaan aku tu. Contohnya menjadi makcik guard kat library. Sambil guard, dapat free je baca buku. Something like that..

Other stories, ada jugak member aku tu bagi cadangan. Bertukar kerja setiap bulan. Aku nak jugak buat macam tu. Apakan daya, majikan sini bukan mak aku.

At last, aku interview via telefon. Esok tu dah start kerja. Pada awalnya, cuma dapat jawatan sebagai pengasuh. Sekarang, aku seorang tukang masak yang sentiasa mencuri idea untuk menghancurkan dapur.

Aku rindukan zaman sekolah aku, aku harap aku kembali belajar. Sebab selain daripada menjadi seorang pelajar, I am the biggest loser. Aku tak boleh buat something else other than study.

Aku kerja okey je, cuma 1 disiplin aku takleh nak ikut dari dulu sampai sekarang..
..Datang lewat..

Bulan 3 ni result SPM keluar. Harap aku dapat apa aku impikan..
=D

Friday, February 5, 2010

AkU tAKuT mEMeganG aMAnaH

Menjadi seorang yang penting dalam kumpulan bukanlah senang..
Setiap saat, kita diperlukan.. Tiada masa rehat, tiada masa berbual, tiada masa tidur.. Bla bla bla~

Sejak tingkatan satu lagi, aku cukup takut untuk memegang jawatan ketua.. Sebab aku tahu, kerja MESTI perfect.. Aku lebih suka jadi slave orang a.k.a budak suruhan.. So, kalau kerja aku tak sesempurna yang diharapkan, korang takleh marah aku..

Aku tak suka duduk setempat dan sentiasa on the move.. Mungkin ini faktor utama aku menjadi calon untuk menjawat jawatan tertinggi.. Ameklak aku ni jenis yang agak "membodek".. Ehem.. Setakat ni, ape yang aku mintak, sume dapat.. (ade yang terasakah??)

Tak hairanlah agak ramai gurls yang panggil aku "PPP"

Peramah, Periang dan Perampas...

=(


Bukan pe, kehadiran aku merampas jawatan penting seseorang yang lain...

Saturday, January 30, 2010

Aku TakKan MinTa mAaF uNtUk SeTiaP tAngAn iTu...

Tiang blok itu sungguh tinggi

Bermula dengan satu blok
Kemudian sedikit demi sedikit blok itu semakin meninggi

Apabila sampai satu tahap
Blok itu tidak lagi selurus blok yang terdahulu
Semakin ke kiri atau ke kanan
Cuba untuk tidak jatuh

Blok kehidupan kita sungguh unik
Pada awal kelahiran, kehidupan cukup sempurna
Punyai tangan-tangan yang membimbing
Tidak pernah risau jika jatuh
Kerana tangan itu jua yang akan mengangkat

Namun
Apabila langkah itu semakin jauh
Mungkin kita tidak lagi memerlukan tangan si pembimbing
Kononnya kita sudah cukup dewasa untuk tidak lagi menyusahkan yang lain

Ketika tangan itu masih membimbing
Usahlah meminta maaf
Kerana itu tugas kamu untuk menyusahkan mereka

Andai tangan yang membimbing itu tiada
Angkatlah tangan-tangan kamu
Mengharapkan kesejahteraan tangan-tangan yang terdahulu

Friday, January 22, 2010

PengEMbaRAaN bARu SAhaJa BErmuLa

Sepatutnya aku update blog ni seminggu yang lalu tapi keadaan cukup tidak mengizinkan.. Thanks to all yang wish birthday aku.. Nanti aku wish balik..

Hidup aku cukup terumbang abing, masuk air dan segala macam kekusutan dalam jiwa yang hampir membuatkan aku sesak dalam arus kehidupan dunia.. Kalau panggil ambulans sakit jiwa pun boleh sudah~

Kini, aku kembali sebagai watak baru dalam pentas dunia yang sama.. Walau sesekali perwatakan aku berubah, tapi jangan risau.. Aku masih orang yang sama.. AkiFayS AmiS..

Aku cuba belajar untuk menepati janji lalu.. Terlewat? Maaf..

Status sekarang.. Aku menjadi seorang pembantu di tadika berdekatan dengan kediaman aku.. Melayani karenah anak2 3 tahun ke bawah.. Mengajar kanak2 yang tidak mengerti pahit manis kehidupan.. Bagi mereka, hidup ini satu fantasi..

"Teacher, besar nanti saya nak jadi doktor askar.."
"Teacher, umi dan abah saya dah kahwin. Teacher dah kahwin ke belum?"
"Teacher, kenapa nama teacher macam atuk saya?" (note: akifays >> aki)
"Teacher, nak biskut!"

Seronok dalam letih.. Korang faham itu??
Aku dapat mengikut setiap langkah mereka.. Kerana aku juga hyper seperti mereka..
Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang..

=D

Friday, January 8, 2010

AkU BEnCi DiRi SEnDiRi

19 tahun aku bernafas.. 19 tahun aku belajar.. 19 tahun aku melihat dunia..

Betapa aku benci diri sendiri.. Aku tak concern pon apa2 yang berlaku di sekitar aku.. 19 tahun aku menapak di bumi secara terang.. Well, orang tahu aku wujud di sini.. Walaupun bukan semua..

I set my mind of not thinking something stupid like a norm human being did.. Like a "love".. When a girl reach the twilight, they found themselves a love.. I haven't..

Sebentar tadi, aku dikejutkan dengan satu soalan sampai aku sesak nafas.. Yeah.. Anda yang saya maksudkan.. Marzuki.. Aku tak pernah terfikir kewujudan soalan ni..

"Apa itu cinta?"

Aku shock! Nak tanye penterjemah aku, die dah off.. Mati aku.. Mati aku.. Please on9...

*tut* *tut* *tut* nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.. Sila cuba sebentar lagi..


Satu jawapan aku...

"saya tak tahu..."


Dada berdebar2.. Kenape la kau tanye aku soalan yang aku tak tahu jawapannye?? Aku cuba contact member web lain yang mungkin tahu jawapannya..

Tyra Hanim..
Akmal Hisyam..

...OFFLINE

***


Kenape aku benci diri sendiri?
Kenape aku takleh jawab soalan tu?
Kenape wujud soalan tu?
Kenape??

Ekoran kejadian ini, aku membelek kamus mencari makna perkataan "cinta".. Terkapai2 dalam hidup sendiri..


Saya harapkan korang Online pada saat itu..

Tyra Hanim
Akmal Hisyam
Mubaroque

Thursday, January 7, 2010

MinAt.. SukA.. SayAng..

..Minat..

Bermaksud meminati seseorang disebabkan oleh style, rupa atau personaliti tanpa mengenali identiti sebenar.. Contohnya meminati artis.. Dijadikan idola dan boleh dibanggakan kerana kejayaan mereka..


..Suka..

Memberi maksud menyukai seseorang kerana sifat2 tertentu seperti peramah, bertimbang-rasa, boleh dipercayai dan sebagainya.. Virus ini kebanyakan ditemui di peringkat usia mentah dan secara terus mendorong kepada budaya cinta monyet..


..Sayang..

Bererti menyayangi seseorang dengan alasan memahami dan mengenali seseorang yang lain dari setiap sudut sama ada baik atau buruk dan bersedia berkorban apa sahaja.. Contoh terbaik; ibubapa..


(kajian dari doktor sakit jiwa akifays...)

.:: S.O.S ::.

Masih kebingungan..
Ke kiri sudah, ke kanan sudah..
Dunia yang teramat luas..
Tersesat di bumi sendiri..

Cuba berlari dan berlari..
Mencari sebuah kehidupan yang nyata..
Di sebalik mata2 yang memerhati..
Tak mungkin aku tewas..
Tak mungkin aku kalah..

Apakah mungkin perasaan ini..
Sebuah ilusi yang nyata..
Terpendam jauh di sudut hati..
Fikiran kacau..

Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Berikan aku satu suara..
Agar kau kutemui..
Agar tertunai sebuah janji..

Kembalikan masa silamku..
Kembalikan kenanganku..
Kembalikan senyumanku..

Kembalikan! Kembalikan!

(Note: Ape aku buat?? Ni lagu atau poem??)

Friday, January 1, 2010

2010.. a beginning of my life

kicked 2009 like a rubbish, welcoming a new 2010 with pleased..

year 2009

-i adore someone who does not..
-i lost my good friend
-i got some mess to deal with
-i got into a fight for many times
-i missed something important in my life


year 2010

-i hope of getting a best friend
-i hope to be a master of chef
-i hope of getting in a good university
-i hope of getting a good title
-i hope to dream a better life


=)

welcome to my life...

background