Friday, June 21, 2013

Kasut tinggi tanpa tumit.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Tengok tajuk, dah tahu entri kali ni berkaitan dengan “kasut tanpa tumit”.
*fesyen ni dah lama, okeh fine aku ketinggalan zaman.

Aku perempuan, juga sukakan dunia fesyen. Tapi bab kasut tumit dari dulu sampai sekarang masih berbalah dalam diri. It does look pretty, but sorry I am not used to it.


Kasut sweet-sweet.

Tadaaah! Ini kasut tumit pendek. Khas untuk gadis-gadis tinggi. Kalau gadis tinggi pakai tumit tinggi, kang orang tak boleh beza yang berjalan tu seorang gadis atau zirafah.
*Opss


 Kasut karisma tanpa kapur

Ini kasut tumit terlajak tinggi. Hanya yang tabah, kuat dan berani sahaja boleh mengenakan kasut ini.
*Mesti sakit kaki dia kan? :/


Kasut tak sempurna
 
Hah. Ini lah shoes without heels. Seriously aku tak boleh bayangkan lagi macammana nak pakai kasut ni. Dan tak pernah nampak lagi orang pakai.
*Kat Kuala Lumpur aku taktau la ramai ke idok yang pakai bende ni sebab aku tau kat sana orang-orangnya sangat mantul.

Roommate aku cakap, kasut tanpa tumit ni sebenarnya stabil. No wonder la ada di pasaran kan.
Tapi aku google-google gambar orang berkasut ni, ini hasil yang aku dapat;


Maaf saya mengedit gambar makcik. Makcik ni seksa sangat. :3

Nampak tak kesan dia? Jatuh. Sekali jatuh depan orang ramai sebab kasut tumit macam hilang ego pulak kan. Ego? Ala tak ngaku pulak. Perempuan kan ada ego yang tersendiri.
*Peace yo.

Bagi aku, elok lah kalau hanya bersandal atau berselipar, no tumit-tumit. Aku rendah dan aku memang sedar semua tu.

Pon boleh. :3

No sweat : Jangan hanya tahu berjalan mendabik dada memandang ke langit sedang kaki masih berpijak bumi yang nyata.

Sunday, June 9, 2013

Aku tanggang yang tidak berdosa



Mode : exam final
Mood : blessed
Weather : Hujan renyai-renyai

Assalamualaikum

Setelah sekian lama tidak menjengah ke blog, agak berhabuk juga ya.
Memerhati setiap perkataan dan penulisan lama, terlintas di benak,

“Aku semakin dewasa.”

Perubahan yang tidak diduga. Mungkin kerana aku belajar.

Ya. Belajar daripada pengalaman, persekitaran dan persekolahan.

Mana mungkin aku tidak rindu aku yang dahulu.
Kerana aku juga si tanggang. Belayar dan belajar di dunia tanpa halangan. Setia memberi khabaran.
Dan nanti aku pulang. Sebagai orang baru. Tetapi aku masih lagi orang yang sama.

Ya. Aku.




Si tanggang yang tidak berdosa.

no sweat : mencari mood untuk study.

background