Saturday, January 30, 2010

Aku TakKan MinTa mAaF uNtUk SeTiaP tAngAn iTu...

Tiang blok itu sungguh tinggi

Bermula dengan satu blok
Kemudian sedikit demi sedikit blok itu semakin meninggi

Apabila sampai satu tahap
Blok itu tidak lagi selurus blok yang terdahulu
Semakin ke kiri atau ke kanan
Cuba untuk tidak jatuh

Blok kehidupan kita sungguh unik
Pada awal kelahiran, kehidupan cukup sempurna
Punyai tangan-tangan yang membimbing
Tidak pernah risau jika jatuh
Kerana tangan itu jua yang akan mengangkat

Namun
Apabila langkah itu semakin jauh
Mungkin kita tidak lagi memerlukan tangan si pembimbing
Kononnya kita sudah cukup dewasa untuk tidak lagi menyusahkan yang lain

Ketika tangan itu masih membimbing
Usahlah meminta maaf
Kerana itu tugas kamu untuk menyusahkan mereka

Andai tangan yang membimbing itu tiada
Angkatlah tangan-tangan kamu
Mengharapkan kesejahteraan tangan-tangan yang terdahulu

No comments:

background