Saturday, January 30, 2010

Aku TakKan MinTa mAaF uNtUk SeTiaP tAngAn iTu...

Tiang blok itu sungguh tinggi

Bermula dengan satu blok
Kemudian sedikit demi sedikit blok itu semakin meninggi

Apabila sampai satu tahap
Blok itu tidak lagi selurus blok yang terdahulu
Semakin ke kiri atau ke kanan
Cuba untuk tidak jatuh

Blok kehidupan kita sungguh unik
Pada awal kelahiran, kehidupan cukup sempurna
Punyai tangan-tangan yang membimbing
Tidak pernah risau jika jatuh
Kerana tangan itu jua yang akan mengangkat

Namun
Apabila langkah itu semakin jauh
Mungkin kita tidak lagi memerlukan tangan si pembimbing
Kononnya kita sudah cukup dewasa untuk tidak lagi menyusahkan yang lain

Ketika tangan itu masih membimbing
Usahlah meminta maaf
Kerana itu tugas kamu untuk menyusahkan mereka

Andai tangan yang membimbing itu tiada
Angkatlah tangan-tangan kamu
Mengharapkan kesejahteraan tangan-tangan yang terdahulu

Friday, January 22, 2010

PengEMbaRAaN bARu SAhaJa BErmuLa

Sepatutnya aku update blog ni seminggu yang lalu tapi keadaan cukup tidak mengizinkan.. Thanks to all yang wish birthday aku.. Nanti aku wish balik..

Hidup aku cukup terumbang abing, masuk air dan segala macam kekusutan dalam jiwa yang hampir membuatkan aku sesak dalam arus kehidupan dunia.. Kalau panggil ambulans sakit jiwa pun boleh sudah~

Kini, aku kembali sebagai watak baru dalam pentas dunia yang sama.. Walau sesekali perwatakan aku berubah, tapi jangan risau.. Aku masih orang yang sama.. AkiFayS AmiS..

Aku cuba belajar untuk menepati janji lalu.. Terlewat? Maaf..

Status sekarang.. Aku menjadi seorang pembantu di tadika berdekatan dengan kediaman aku.. Melayani karenah anak2 3 tahun ke bawah.. Mengajar kanak2 yang tidak mengerti pahit manis kehidupan.. Bagi mereka, hidup ini satu fantasi..

"Teacher, besar nanti saya nak jadi doktor askar.."
"Teacher, umi dan abah saya dah kahwin. Teacher dah kahwin ke belum?"
"Teacher, kenapa nama teacher macam atuk saya?" (note: akifays >> aki)
"Teacher, nak biskut!"

Seronok dalam letih.. Korang faham itu??
Aku dapat mengikut setiap langkah mereka.. Kerana aku juga hyper seperti mereka..
Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang..

=D

Friday, January 8, 2010

AkU BEnCi DiRi SEnDiRi

19 tahun aku bernafas.. 19 tahun aku belajar.. 19 tahun aku melihat dunia..

Betapa aku benci diri sendiri.. Aku tak concern pon apa2 yang berlaku di sekitar aku.. 19 tahun aku menapak di bumi secara terang.. Well, orang tahu aku wujud di sini.. Walaupun bukan semua..

I set my mind of not thinking something stupid like a norm human being did.. Like a "love".. When a girl reach the twilight, they found themselves a love.. I haven't..

Sebentar tadi, aku dikejutkan dengan satu soalan sampai aku sesak nafas.. Yeah.. Anda yang saya maksudkan.. Marzuki.. Aku tak pernah terfikir kewujudan soalan ni..

"Apa itu cinta?"

Aku shock! Nak tanye penterjemah aku, die dah off.. Mati aku.. Mati aku.. Please on9...

*tut* *tut* *tut* nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.. Sila cuba sebentar lagi..


Satu jawapan aku...

"saya tak tahu..."


Dada berdebar2.. Kenape la kau tanye aku soalan yang aku tak tahu jawapannye?? Aku cuba contact member web lain yang mungkin tahu jawapannya..

Tyra Hanim..
Akmal Hisyam..

...OFFLINE

***


Kenape aku benci diri sendiri?
Kenape aku takleh jawab soalan tu?
Kenape wujud soalan tu?
Kenape??

Ekoran kejadian ini, aku membelek kamus mencari makna perkataan "cinta".. Terkapai2 dalam hidup sendiri..


Saya harapkan korang Online pada saat itu..

Tyra Hanim
Akmal Hisyam
Mubaroque

Thursday, January 7, 2010

MinAt.. SukA.. SayAng..

..Minat..

Bermaksud meminati seseorang disebabkan oleh style, rupa atau personaliti tanpa mengenali identiti sebenar.. Contohnya meminati artis.. Dijadikan idola dan boleh dibanggakan kerana kejayaan mereka..


..Suka..

Memberi maksud menyukai seseorang kerana sifat2 tertentu seperti peramah, bertimbang-rasa, boleh dipercayai dan sebagainya.. Virus ini kebanyakan ditemui di peringkat usia mentah dan secara terus mendorong kepada budaya cinta monyet..


..Sayang..

Bererti menyayangi seseorang dengan alasan memahami dan mengenali seseorang yang lain dari setiap sudut sama ada baik atau buruk dan bersedia berkorban apa sahaja.. Contoh terbaik; ibubapa..


(kajian dari doktor sakit jiwa akifays...)

.:: S.O.S ::.

Masih kebingungan..
Ke kiri sudah, ke kanan sudah..
Dunia yang teramat luas..
Tersesat di bumi sendiri..

Cuba berlari dan berlari..
Mencari sebuah kehidupan yang nyata..
Di sebalik mata2 yang memerhati..
Tak mungkin aku tewas..
Tak mungkin aku kalah..

Apakah mungkin perasaan ini..
Sebuah ilusi yang nyata..
Terpendam jauh di sudut hati..
Fikiran kacau..

Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Berikan aku satu suara..
Agar kau kutemui..
Agar tertunai sebuah janji..

Kembalikan masa silamku..
Kembalikan kenanganku..
Kembalikan senyumanku..

Kembalikan! Kembalikan!

(Note: Ape aku buat?? Ni lagu atau poem??)

Friday, January 1, 2010

2010.. a beginning of my life

kicked 2009 like a rubbish, welcoming a new 2010 with pleased..

year 2009

-i adore someone who does not..
-i lost my good friend
-i got some mess to deal with
-i got into a fight for many times
-i missed something important in my life


year 2010

-i hope of getting a best friend
-i hope to be a master of chef
-i hope of getting in a good university
-i hope of getting a good title
-i hope to dream a better life


=)

welcome to my life...

background