Saturday, March 3, 2012

Kisah budak pendek main basket

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum,

Sukan UUM 2012 (SUKUUM 2012) bermula seawal 27hb Februari 2012, adalah perlawanan antara DPP UUM. Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola tampar, bola sepak, bola keranjang, bola baling, hoki dan bola jaring. Perlawanan ini akan diadakan setiap sem, sira aktiviti dan surat pelepasan disediakan.

Baru cerita overall untuk SUKUUM.

***

Ini kisah saya. Sejujurnya, tinggi saya hanyalah 152cm dan berat susah nak cecah 45kg. Sem lepas saya mewakili DPP untuk sukan bola tampar (my favourite game!). Tapi sem ni nasib tak menyebelahi sebab junior sem ni ramai yang tahu main bola tampar dan tiada kekosongan.

Nak tak nak, terpaksalah join sukan lain. Dijadikan cerita, tak ramai girls yang tahu main bola keranjang dan kekosongan bilangan ahli adalah jelas. So, try la.. Apa salahnya kan?


Baju bola bakul


Jadual:

28 Feb
DPP SD vs DPP TRADEWINDS

4 Mac
DPP SD vs DPP TNB

7 Mac
DPP SD vs DPP MISC

14 Mac
DPP SD vs DPP BSN

No comments:

background