Tuesday, February 28, 2012

mudahnya mencari muka surat al-Quran

contoh ini adalah untuk Resm Uthmani sahaja.

Jom sama-sama kita belajar…

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
  1. 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
  2. Letakkan no 2 selepas jawapan.
  3. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.


Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
  1. 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
  2. Letakkan no 2 selepas jawapan.
  3. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
  1. 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
  2. Letakkan no 2 selepas jawapan.
  3. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Wednesday, February 22, 2012

Khutbah terakhir nabi Muhammad s.a.w

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijri yang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, MENYAMPAIKAN pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

***

credit to JKKK Fan Club

Sunday, February 19, 2012

Oh no! Cinderella??

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni first day skola untuk sem 2. Semangat bangun pagi. Dah tau da bus stopkompem penuh pagi2. Padan muke sape suh amek klas yg stat kol 8am. Nak same jadual ngn geng nyer pasal kan. Nasib lah.

Nak dijadikan citer pagi ni macam bese la berebut nak naik bas ngan orang yg lebih besar badannye (saya pon besa jugak tapi tak sebesa dorang). Oke. Bas betul2 berhenti depan saya. First passanger ialah foreigner. Second pon same. Ketiga melayu. Me keempat.

Hari first kan besela sume baru. Siap bau kedai pon ade jgk tau. Me pakai my favourite shoes, looks like new tp sbenarnye tak pon (repaired sbb sem lepas retak kat tapak sebab saya berjalan tak sopan << apekah?). kasut tu makin dibaiki makin besa lak ruang dalam die (atau kaki saya shrink?)


Ehem2 : ini hanya gambar hiasan, mimpilah saya pakai kasut ni!


First time melangkah, oke lagi cover cun. Dan2 kaki tertendang anak tangga bas tu menyebabkan kasut saya terpelanting jauh. Cik kiah dari jauh lagi gelak (kuajaq..). Ah takpe. Akhirnye ade cinderella melayu kan?

=p

No sweat: esok kelas n kuliah kat tempat yg tak penah dgr@pegi. Wujudkah tempat itu?

Friday, February 17, 2012

New Life

Bismillahirrahmanirrahim

Tamat sudah perjuangan semester satu di UUM. Result pon dah kuar, acap kali dilihat tapi number pointernye tetap same. Ah, nevermind..

so, cerita tentang DPP a.k.a Dewan Penginapan Pelajar. Di UUM, penginapan student berubah setiap semester. But depends. Kalau student tu join PALAPES, wajiblah baginya fly ke DPP BSN. Satu hal lagi, tentang join aktiviti. Kalau student tu suke join aktiviti yg dianjurkan DPP MAYBANK, maka fly lah die kat situ. Me? Of kos la stay.. bilik same lak tu.. huhuhu *gelak sopan*

ape plan semester 2? Study hard of koz. Dulu saya ada tanding ngn sorang budak ni. Tiap2 sem wajib dapat pointer 3.5 ke atas. Untuk sem satu, die da lepas dan unfortunate me kalah ngn die. Takpe2, cool beb. Semester 2 jgn harap die leh menang. Btw, kalau kalah dapat pe? Hurm.. forgot.. =(


anyway.. best of luck to ol of u.. take care.. =)

Assalamua’laikum

background