Monday, July 26, 2010

MateMATik KEHiduPAn

Hidup aku, hidup kamu..
Seperti latihan matematik
Setiap hari, latihan baru

Setakat ini...
Ramai tersungkur
Kerana putus asa
Kerana panjangnya pengiraan
Kerana tidak ketemu jawapan

Aku fikir...
Tak salah kalau kita padam kembali
Jawapan matematik itu
Dan mula dari awal
Sekali lagi
Kerana setiap kita belajar dari kesilapan

Adakah kamu fikir...
Matematik itu memboringkan?
Matematik itu menyusahkan?
Atau......?

Terimalah hakikat
Hidup kamu dan matematik
Sangat berkait
Dulu, kini, selamanya....

background