Sunday, November 24, 2013

This is my life

This is my story.

And how i ended up with him.

I am a sort of “kampung girl” which own a family that hold an ‘adat’ strictly but not too much.

I have a younger sister, she is 2 years apart of me.
And what is special about her?
She weds earlier.
Too earlier even when i dont have any boyfriend.

Village folks used to say this, if the older sister does not weds yet, dont even dream of getting married.
This is a saying of if the younger weds first, then the older will become hardly to get marry someday.
Or in strong words, it is “TAK LAKU”.

So, i said, this is just ridiculous. If she want to get marry, then go on.
But my mom worries too much. She even head to my older sister and ask her to find a boyfriend for me

Mom said, she likes these guys, A and B. A is 26 and B is 24.
i am 22.
Older than me.

She preffered A because he is working, nice, but sadly, i chose B. B is my good friend.

I preffered someone i know.

Sometimes i think, do i choose him because i like him or i was forced to?

Friday, September 27, 2013

Childhood bestfriend

Jejak kasih di Pesbuk.

Dia : Kau nakal macam dulu lagi tak?
Aku : Tak.
Dia : Kau ingat tak aku pernah piggyback kau dulu? Waktu kecil dulu?
Aku : ......
Dia : Ingat tak?
Aku : Tak.

***

Aku ingat semua. Hari kita berlari-lari berkejaran. Hari kita panjat pokok manggis.
Masakan aku lupa kau?

Cuma kadangkala lebih baik diamkan sahaja.

Kenapa?

Aku tak nak timbul rasa itu lagi.
Ya, rasa yang sama macam dulu.


:)

Friday, June 21, 2013

Kasut tinggi tanpa tumit.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Tengok tajuk, dah tahu entri kali ni berkaitan dengan “kasut tanpa tumit”.
*fesyen ni dah lama, okeh fine aku ketinggalan zaman.

Aku perempuan, juga sukakan dunia fesyen. Tapi bab kasut tumit dari dulu sampai sekarang masih berbalah dalam diri. It does look pretty, but sorry I am not used to it.


Kasut sweet-sweet.

Tadaaah! Ini kasut tumit pendek. Khas untuk gadis-gadis tinggi. Kalau gadis tinggi pakai tumit tinggi, kang orang tak boleh beza yang berjalan tu seorang gadis atau zirafah.
*Opss


 Kasut karisma tanpa kapur

Ini kasut tumit terlajak tinggi. Hanya yang tabah, kuat dan berani sahaja boleh mengenakan kasut ini.
*Mesti sakit kaki dia kan? :/


Kasut tak sempurna
 
Hah. Ini lah shoes without heels. Seriously aku tak boleh bayangkan lagi macammana nak pakai kasut ni. Dan tak pernah nampak lagi orang pakai.
*Kat Kuala Lumpur aku taktau la ramai ke idok yang pakai bende ni sebab aku tau kat sana orang-orangnya sangat mantul.

Roommate aku cakap, kasut tanpa tumit ni sebenarnya stabil. No wonder la ada di pasaran kan.
Tapi aku google-google gambar orang berkasut ni, ini hasil yang aku dapat;


Maaf saya mengedit gambar makcik. Makcik ni seksa sangat. :3

Nampak tak kesan dia? Jatuh. Sekali jatuh depan orang ramai sebab kasut tumit macam hilang ego pulak kan. Ego? Ala tak ngaku pulak. Perempuan kan ada ego yang tersendiri.
*Peace yo.

Bagi aku, elok lah kalau hanya bersandal atau berselipar, no tumit-tumit. Aku rendah dan aku memang sedar semua tu.

Pon boleh. :3

No sweat : Jangan hanya tahu berjalan mendabik dada memandang ke langit sedang kaki masih berpijak bumi yang nyata.

Sunday, June 9, 2013

Aku tanggang yang tidak berdosa



Mode : exam final
Mood : blessed
Weather : Hujan renyai-renyai

Assalamualaikum

Setelah sekian lama tidak menjengah ke blog, agak berhabuk juga ya.
Memerhati setiap perkataan dan penulisan lama, terlintas di benak,

“Aku semakin dewasa.”

Perubahan yang tidak diduga. Mungkin kerana aku belajar.

Ya. Belajar daripada pengalaman, persekitaran dan persekolahan.

Mana mungkin aku tidak rindu aku yang dahulu.
Kerana aku juga si tanggang. Belayar dan belajar di dunia tanpa halangan. Setia memberi khabaran.
Dan nanti aku pulang. Sebagai orang baru. Tetapi aku masih lagi orang yang sama.

Ya. Aku.




Si tanggang yang tidak berdosa.

no sweat : mencari mood untuk study.

Monday, March 26, 2012

balasan dari anak yang ditatang *nauzubillah*

Bismillahirrahmanirrahim..

Tersentap rasanya membaca artikel yang berkaitan dengan layanan buruk dari anak-anak terhadap orang tua. Tak bertanya khabar berita. Masing-masing sibuk dengan hal dunia.

Siapa korang sekarang kalau hidup tanpa mereka?
Siapa korang sekarang kalau yang jaga korang bukan mereka?
Siapa? Siapa?

Kenapa dihantar jugak mereka ke rumah kebajikan kalau anak-anak dah ramai? Sedih weii..

ini cerita fb tersebut..

***





(TOLONG SHARE POST INI!)

RAYUAN KEPADA ANAK-ANAK YANG PERIHATIN!

1. Encik Semat Bin Umar, bernombor kad pengenalan 440316-12-5125, seorang warga emas berasal dari Kalabakan, Tawau, Sabah, menyewa di sebuah rumah sewa di Lorong Haji Said Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam bersama isteri yang di kahwini 10 tahun lepas yang berasal dari Medan, Indonesia. Beliau telah pikun dan isterinya pula menghidapi penyakit paru2 dijangkiti kuman.

2. Ketika di Sabah dahulu beliau mempunyai isteri dan 5 orang anak dan di percayai kelima-lima anaknya juga telah berhijrah ke Semenanjung.

3. Tiga minggu lepas isterinya telah di masukkan hospital selama 2 minggu kerana penyakit paru2 dijangkiti kuman. Oleh itu, Encik Semat hidup seorang mengharap belas ihsan jiran-jiran sebelah ketika ketiadaan isterinya.

4. Selepas menerima aduan dan membuat tinjauan, selasa lepas atas kapasiti sebagai SU JKKK, saya telah menulis surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat mengambil langkah sewajarnya bagi membantu Encik Semat dan pada petang tadi Jabatan Kebajikan Masyarakat datang dan membawa beliau ke Hospital Ampuan Rahimah Klang.

5. Oleh kerana isterinya mengadu bahawa beliau tidak mampu untuk menjaganya, Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin akan menempatkan Encik Semat di rumah Kebajikan orang tua.

6. Ketika ini, Encik Semat telah di masukkan di dalam wad kerana kesihatannya yang tidak baik.

7. Kepada anak-anak beliau atau sesiapa yang mengenali Encik Semat dan tahu dimana anak-anak beliau berada, saya merayu agar anak-anak beliau dapat mengambil berat tentang keadaan ayah mereka dan menjaganya sebelum beliau menemui Ilahi. Alangkah sedihnya jika beliau di masukkan ke rumah kebajikan dan sisa-sisa hidupnya di habiskan di sana tanpa anak-anak disisi.

8. Jika ada persengketaan dan sebagainya sebelum ini, lupakanlah dan berbaktilah kepada beliau kerana redha Allah itu begantung kepada redha kedua ibu bapa kita.
9. Sila hubungi Encik Nazri di Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang 03-33710885 atau hubungi saya di fb ini.

10. Sekarang En. Semat berada di Wad 8B Katil No 7 Hospital Ampuan Rahimah Klang Selangor.

(TOLONG SHARE POST INI!)

p/s: dibenarkan copy dan paste untuk tujuan share. kami melakukan ni atas dasar prihatin

Wednesday, March 7, 2012

First time main hujan kat UUM

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

7 Mac, DPP SD vs DPP MISC.

Lantaran sudah menjadi team basketbol yang agak menyerlah, maka ramailah team lain yang target DPP SD. Lagi2 kami ada runner (Atiyah), attacker (kak Busyrah), shooter (Pijah) dan defender (me).. Player yang hebat main pada game ke-2.. Kire saya tak hebat lah.. (pasrah...)

Pada game ke-2 tu, tetibe hujan turun dengan lebatnya.. So, game terpaksa ditunda ke hari lain. DPP MISC memang kolej athlete.. So, gerun lah sikit nak main lawan dengan diorang..

Game tunda, hujan lak lebat.. Ape lagi? Main hujanlah..

*Splash*

Tadi saya bawa beg kalis air, so, sume orang letak hp masing2 dalam beg tu.. Tanpa disedari, hp dak lelaki pon TER-letak lam tu jugak.. (siyes i dunno who letak)


ehem2: handphone and door key.. pity basket boy..

berkali-kali he tried to kol me on his phone.. Panggilan ke-11 baru terjawab..

Him : helooo?
Me : aaa..??
Him : ini mana ya?
Me : sorry i'm not the owner, can u please tell me who is the owner of this phone?
Him : me..

Den, bla3333.. die pon datang amek hp.. n he take my phone number so he can treat me someday as a token of appreciation.. weeeeee~

no sweat: rezeki jangan ditolak.. =p

Bina negara ibarat bina kapal terbang kertas

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


ehem2: cantik jugak kalo jadi hiasan bilik kan?


Kapal terbang kertas cantik kan? Kecil tapi agak susah dibina bagi mereka yang takde basic (including me).

Untuk bina kapal terbang kertas, pertama sekali kita kena ada kertas (ofkos la..), secondly kemahiran, yang lain-lain try fikir sendiri.. (kesungguhan, integriti dan sebagainya feedback yang dapat dari student)..

Sama seperti membina sesebuah negara.. Kita perlu ada segala yang diperlukan untuk mencipta kapal terbang kertas.. Kesungguhan, kemahiran dan sebagainya kecuali kertas..

Dalam sesebuah negara, kita perlu ada empat perkara penting yang menjadi tunjang pemerintahan.. Perkara simple ni ada dipersekitaran kita..

Firstly, daulat.. Apa itu "daulat"? Ambil contoh, ketika kita sedang khusyuk main game, tetibe daddy lalu tepi dan mengerling ke arah kita.. Adakah kita stop main game tersebut? Jika ya, maka itulah dinamakan daulat.

Secondly, harus ada pemerintah.

Third, rakyat.

Last sekali, kita tengok barrier.. Ape itu? Saya jawab "Dinding!".. Tidak.. Yang keempat adalah sempadan.. Perlu mempertahankan sempadan negara.. Hak kita..

Oke, kelas tamat..

no sweat: sinopsis pembelajaran di kelas kenegaraan

Saturday, March 3, 2012

Kisah budak pendek main basket

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum,

Sukan UUM 2012 (SUKUUM 2012) bermula seawal 27hb Februari 2012, adalah perlawanan antara DPP UUM. Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola tampar, bola sepak, bola keranjang, bola baling, hoki dan bola jaring. Perlawanan ini akan diadakan setiap sem, sira aktiviti dan surat pelepasan disediakan.

Baru cerita overall untuk SUKUUM.

***

Ini kisah saya. Sejujurnya, tinggi saya hanyalah 152cm dan berat susah nak cecah 45kg. Sem lepas saya mewakili DPP untuk sukan bola tampar (my favourite game!). Tapi sem ni nasib tak menyebelahi sebab junior sem ni ramai yang tahu main bola tampar dan tiada kekosongan.

Nak tak nak, terpaksalah join sukan lain. Dijadikan cerita, tak ramai girls yang tahu main bola keranjang dan kekosongan bilangan ahli adalah jelas. So, try la.. Apa salahnya kan?


Baju bola bakul


Jadual:

28 Feb
DPP SD vs DPP TRADEWINDS

4 Mac
DPP SD vs DPP TNB

7 Mac
DPP SD vs DPP MISC

14 Mac
DPP SD vs DPP BSN

Tuesday, February 28, 2012

mudahnya mencari muka surat al-Quran

contoh ini adalah untuk Resm Uthmani sahaja.

Jom sama-sama kita belajar…

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
  1. 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
  2. Letakkan no 2 selepas jawapan.
  3. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.


Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
  1. 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
  2. Letakkan no 2 selepas jawapan.
  3. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
  1. 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
  2. Letakkan no 2 selepas jawapan.
  3. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Wednesday, February 22, 2012

Khutbah terakhir nabi Muhammad s.a.w

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijri yang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, MENYAMPAIKAN pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

***

credit to JKKK Fan Club

background